Saturday, February 23, 2008

Kenapa Melayu gagal niaga?

Link berkaitan :
http://more-dear.com/ (Untuk menghantar anak/jagaan/pelajar/diri mengikuti bengkel-bengkel mengasah minda matematik dan sains menerusi kaedah Mokhdar) http://www.kelabdarians.blogspot.com/ (Senarai & catatan individu yang berhijrah jadi lebih baik / mencatat kejayaan cemerlang setelah amalkan kaedah Mokhdar) http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/ (Kisah suka duka Mokhtar Hj Mansor memperjuangkan penemuan beliau kerana melihat bukti yang amat jelas bahawa penemuan ini, sekiranya natijahnya dilaksanakan, akan meletakkan bangsa dan negara menjadi antara bangsa dan negara paling maju jika tidak pun yang paling maju). http://www.revolusibahasa.blogspot.com/ (kaitan di antara sebutan perkataan yang panjang dengan kelambatan Melayu dalam pelbagai perkara) http://www.revolusiniaga.blogspot.com/ (berbicara tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kegagalan Melayu dalam perniagaan) http://www.fihrasat.blogspot.com/ (menceritakan pengalaman-pengalaman Mokhtar bermain dengan angka di dalam kaedah Mokhdar). e-mail : mokhtarhjmansor@gmail.com atau mokhtar@more-dear.com Alamat pejabat : No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor), Jln Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Tel : 03-60935815; 019-2605162; 017-6521730. "DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"
Di dalam http://www.revolusibahasa.blogspot.com/, saya menyentuh tentang kaitan di antara sebutan perkataan di dalam bahasa Melayu yang panjang dengan ketewasan anak bangsa di dalam bidang-bidang pelajaran, ekonomi dan perniagaan, dan sosial. Bagi menyelesaikan masalah pelajar Melayu di dalam pengurusan input-input mathematical sehingga ia menjadi antara sebab utama yang menyebabkan pelajar Melayu ditewaskan oleh pelajar-pelajar lain khususnya pelajar Cina di dalam pembelajaran subjek-subjek matematik dan sains, gabungan amalan kaedah Mokhdar dan pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris sehingga penguasaannya menjadi sebaik penguasaan bahasa ibunda merupakan penyelesaian yang terbaik.
Amalan Mokhdar menjadikan saiz memori penggunanya membesar sehingga lima puluh kali lebih besar, kelajuan mengakses input-input di dalam memori tersebut melonjak sehingga dua puluh kali lebih laju. Saiz memori yang amat besar dan amat laju diakses ini menghasilkan keupayaan berfikir dan belajar jauh lebih baik, manakala sebutan-sebutan Mokhdar bagi ungkapan mathematical (yang semuanya bermain di sekitar 17 kunci sebutan sahaja) yang menghasilkan mnemonic malah kelakar menjadikan otak lebih ceria dan semua ini menghasilkan lonjakan luar biasa terhadap minat pelajar di dalam mempelajari dan menguruskan input-input mathematical.
Bagaimanapun bagi soal-soal lain, seperti soal-soal komunikasi yang menjadi bahagian penting dalam kehidupan insan bermasyarakat dan berorganisasi, ia memerlukan pendekatan dan tindakan yang lebih kompleks dan terancang serta memerlukan istiqamah atau will-power yang lebih tinggi. Hanya orang-orang yang berada di dalam kedudukan tertentu, yang mempunyai kuasa, kemampuan, keberanian dan jentera untuk menangani perubahan, yang mampu melakukan sesuatu bagi memberi kesan kepada fakta yang ditemui dan saya bentang di dalam RBBR dan blog http://www.revolusibahasa.blogspot.com/ tersebut, untuk menghasilkan masyarakat Melayu baru yang mampu berjaya cemerlang dalam dunia perniagaan dan dunia kehidupan yang bersaing hebat malah tanpa mengenal belas kasihan.
Pada tahun 1997, merasakan yang saya perlu berada dekat dengan kelompok yang berkuasa bagi mengusahakan perubahan tersebut menerusi kesedaran sebagaimana yang telah saya luahkan dalam RBBR dan buktikan menerusi kaedah Mokhdar, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, diberi restu oleh Y.B.Dato' Zahid Hamidi, calon Ketua Pemuda UMNO pada masa itu, malah beliau berbisik kepada saya bahawa jika saya berjaya di dalam pemilihan tersebut, saya akan diserahkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan yang akan diwujudkan menggantikan Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, dan jika tewas, saya akan dilantik menjadi Setiausaha Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia.
Ternyata perlumbaan mendapatkan tempat bagi mendekatkan diri dengan golongan elit pemerintah memerlukan kos dan pengorbanan yang jauh lebih tinggi. Dari sudut materialnya, saya tidak memiliki wang jutaan ringgit, atau harta yang boleh dicagar atau dijual bagi menghasilkan nilai wang dalam jumlah tersebut bagi menjamin saya mendapat jumlah undi yang selesa bagi meyakinkan elit pemerintahan bahawa saya mempunyai pengaruh yang besar di dalam politik UMNO. Jumlah undi sebanyak 25 undi dari perwakilan Pemuda UMNO Malaysia yang berjumlah 300 orang lebih adalah suatu kejayaan besar dibanding dengan nama saya yang tidak dikenali sama sekali di dalam Pergerakan Pemuda UMNO (sejak tamat pengajian, saya bekerja di dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia, sektor yang tidak membenarkan saya aktif sama sekali dalam pergerakan politik, hatta untuk berada di dalam mana-mana perhimpunan politik walaupun perhimpunan itu menghadirkan seorang menteri), dan dibanding dengan kedudukan kewangan saya sedangkan ramai perwakilan memerlukan sekurang-kurangnya pembiayaan kos perjalanan dan penginapan ke PWTC untuk membuang undi.
Bayangkan, tambang penerbangan bagi seorang perwakilan dari Sabah ialah RM980 pergi dan balik, bagaimana harus saya memohon saya memberi undi kepada saya sedangkan mereka terpaksa bergolok bergadai untuk mendapatkan status sebagai perwakilan dan seterusnya pula untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur.
Malah seorang Ketua Pemuda UMNO negeri tanpa segan silu menawarkan untuk membantu mengagihkan RM500 seorang kepada sejumlah 55 orang perwakilan pemuda dari negeri itu bagi menjamin 55 undi untuk saya dari negeri tersebut. Seorang rakan yang sedikit sebanyaknya mendapat bantuan saya untuk akhirnya berjaya dipilih sebagai salah seorang perwakilan, dengan air muka selamba memberitahu saya bahawa dia dan dua orang lagi rakan-rakan dari Pemuda UMNO bahagian kami tidak akan memberi undi kepada saya sekiranya saya gagal menyediakan RM500 untuk setiap orang daripada mereka.
Nyata bahawa 25 undi yang saya peroleh adalah benar-benar undi yang benar-benar bersih, diberi oleh perwakilan-perwakilan yang melihat dan yakin dengan visi yang saya bawa. Jumlah itu adalah jauh lebih banyak daripada jumlah undi yang diperoleh oleh beberapa orang Ketua Pemuda UMNO sendiri yang dengan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, secara automatik mendapat status Perwakilan. Kalaulah saya mendapat jumlah undi yang jauh lebih baik, atau kalaulah saya mengenepikan maruah diri, sudah pasti saya tidak ada masalah untuk berjumpa dengan Dato' Zahid dan menagih jawatan yang telah dijanjikan kepada saya.
Namun, sekiranya benar kemudiannya saya dilantik menjadi Setiausaha Majlis Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, dengan menjalani kehidupan saya sebagai penceramah yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat menyebarkan ilmu Mokhdar dan kesedaran RBBR, dan menyara kehidupan diri, keluarga dan beberapa orang pegawai dan kakitangan syarikat menerusi jualan buku-buku dan bengkel-bengkel kaedah Mokhdar, mampukah saya memenuhi peranan yang disasarkan untuk seorang Setiausaha Majlis Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Lebih-lebih lagi, pengerusinya pula adalah Saudara Khalid Nordin yang sejak di bangku universiti amat saya kenali kerana beliau yang satu tahun lebih senior dari saya adalah seorang yang amat kuat meleteri rakan-rakan dan memandang rendah kepada rakan-rakan terutama rakan-rakan yang lebih junior.
"Allah Maha Kaya. Nasib baik abang tak jadi Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Jika tidak, sudah pasti abang masuk lockup. Dua bulan abang masuk lockup, Mokhdar habis lingkup dan kami mati kebuluran," kata isteri saya setelah membaca berita penangkapan Dato' Zahid Hamidi dan beberapa orang exco Pemuda UMNO dan ahli-ahli Pergerakan Pemuda yang menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Jelas bahawa langkah menyertai perlumbaan menduduki kerusi exco Pemuda UMNO Malaysia itu adalah suatu kesilapan besar yang turut mengorbankan peluang saya membeli sebuah bungalow di Country Homes dengan harga tunai. Duit yang saya korbankan tesebut hampir semuanya berpindah ke kocek ulat-ulat air dan tukang-tukang canang yang berlagak seperti broker kuasa dalam politik Pergerakan Pemuda UMNO.
Di dalam blog ini, saya akan membentang pengalaman saya di dalam berurusan dengan orang-orang dan Malay-based firms, dan pengamatan serta ulasan saya terhadap pengalaman tersebut. Pembaca pasti akan dapat melihat bahawa faktor panjang pendek perkataan di dalam bahasa yang digunakan sebagai medium pemikiran dan komunikasi pasti wujud di dalam vicious circle yang menghasilkan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan tersebut.
Bersyukur dengan perkembangan teknologi semasa, kini saya tidak perlu kuatir lagi jika segala hasil pemikiran, pengamatan, eksperimen dan kaedah yang saya perkenalkan tidak akan sampai ke pangkuan masyarakat dan menjadi antara pemangkin kejayaan bangsa saya. Jika pada 1990, buku RBBR menjadi wadah saya tetapi kandungannya sukar sampai ke pangkuan masyarakat kerana kos cetakan dan edaran yang amat tinggi (hampir keseluruhan jumlah 10000 naskah Bahasa dan Tamadun Bangsa yang enam bulan kemudiannya diterbitkan semula sebagai RBBR itu dijual menerusi ceramah-ceramah kaedah Mokhdar. Jualan menerusi kedai-kedai buku, walaupun amat laku dari segi jualan, adalah amat merugikan disebabkan oleh helah dan permainan pembekal dan pekedai-pekedai buku), kini anda memiliki akses kepada segala hasil pemikiran dan pengamatan saya hanya dengan a click away.
Jika anda mendapat sesuatu, datu dapat melihat sesuatu hasil daripada kunjungan ke laman ini, perpanjangkanlah wadah ini ke pangkuan masyarakat kita. Jika anda ingin mendapatkan buku yang memaparkan kandungan blog ini, yang akan diterbitkan dengan tajuk yang lebih 'bombastic', 'Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi - Pemangkin Lonjakan Bangsa', untuk dijadikan kenangan untuk diri atau dihadiahkan kepada orang-orang yang anda kasihi, dan pada masa yang sama membantu memudahkan perjuangan dan perjalanan saya, silalah berhubung dengan saya menerusi e-mail atau telefon, atau kunjungi saya di pejabat saya atau di tempat-tempat lain. Anda dibenarkan mencetak kandungan blog ini, dan mengutarkan idea-idea yang terdapat di dalam blog ini, namun dengan syarat, jangan lupa beri kredit yang sewajarnya kepada saya (jangan lupa sebut atau catat nama saya sebagai pemilik idea-idea atau catatan-catatan ini) supaya perjalanan jauh saya menjadi lebih selesa dan saya lebih mudah diterima oleh bangsa dan negara.
Semoga blog ini dapat memberi panduan berguna kepada semua anak bangsa, terutamanya usahawan-usahawan Melayu atau orang yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, dan juga orang atau pihak yang terlibat dengan dunia keusahawanan Melayu.

Siapa saya dalam dunia perniagaan?
Saya dilahirkan daripada sebuah keluarga yang amat susah. Sebelum berpindah dan tinggal bersama dengan Datuk dan Nenek di Lahar Yooi, Tasek Gelugor, kami tinggal di Bongor, Baling Kedah dan ibu bapa bekerja menoreh getah, di samping membuat kerja-kerja kampung lain seperti mengambil upah mengerjakan sawah, menganyam tikar dan sebagainya.
Semasa saya memasuki sekolah menengah dalam English Remove, saya belajar di Sekolah Menengah Tunku Putra, Baling. Pada masa itu sekolah tersebut tidak memiliki bangunan sendiri. Ia menumpang di bangunan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Rendah Tunku Putra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Pelajar Remove dan Tingkatan Satu terpaksa belajar di sesi petang.
Pada masa itu, Paksu, adik Emak, dipindahkan dari SK Megat Dewa, Alor Setar, ke SK Pulai, Baling. Paksu tinggal bersama kami. Ayah menggunakan kayu hutan dan papan sayung - lebih tepat, papan reject - bagi membina anjung tambahan di rumah kami untuk keselesaan Paksu. Sebenarnya rumah itu, walaupun rumah kami, tetapi ia dibina menumpang di atas tanah Tok Cai Cek Eit. (di Baling, gelaran Cai adalah gelaran untuk 'datuk', Cek bererti 'encik' dan 'Eit' ialah sebutan pendek untuk 'Shuaib').
Sejak tinggal bersama kami, Paksu memberi semangat kepada kami supaya mendekatkan diri dengan bidang perniagaan bagi mengubah nasib kami. Malah Paksu selalu memujuk Emak dan Ayah supaya pulang tinggal bersama dengan Datuk dan Nenek. Keadaan ekonomi penduduk di sekitar Tasik Gelugor, Seberang Pulau Pinang, adalah lebih teguh dibanding dengan keadaan ekonomi penduduk di Bongor yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai penoreh getah. Kebanyakan penoreh getah di Bongor, seperti juga halnya dengan kami, tidak memiliki kebun sendiri dan menoreh dengan memajak kebun tuan kebun. Hasil torehan dibahagi dua.
Pada masa itu komoditi getah mempunyai nilai yang rendah dan kebanyakan penoreh getah, terutamanya penoreh yang memajak kebun getah seperti kami, hidup dalam keadaan serba daif dan miskin. Jika tinggal di Lahar Yooi, di rumah Datuk dan Nenek, Emak boleh berniaga kecilan dengan bertandang dari rumah ke rumah.
Oleh kerana saya bersekolah di sesi petang, Paksu menyuruh saya menjual kueh kepada pelajar-pelajar yang berjalan kaki sejauh lebih kurang tiga kilometer ke sekolah, dan juga menghantar kueh-kueh kantin sekolah dan juga ke kedai-kedai kopi berdekatan untuk jualan di kedai-kedai kopi tersebut.

Namun saya adalah seorang yang amat pemalu, terutama dalam soal menerima duit atau bayaran daripada orang. Terasa rendah amat diri ini untuk bergelar budak penjaja kueh, walaupun saya tahu kehidupan kami amat susah. Betapa susahnya kehidupan kami, setiap kali ribut atau hujan lebat, kami berlari keluar dari rumah dan menumpang berteduh di bawah rumah jiran kerana hampir keseluruhan bahagian rumah bersimbah dengan air yang cucur atap. Jika angin kuat sedikit, rumah kami bergegar dan bergoyang. Kami berbuat demikian walaupun pada waktu tengah malam kerana bimbangkan keselamatan keluarga kami. Bukan kami tidak membaiki rumah kami. Setiap bulan, sekurang-kurangnya dua kali Ayah memanjat bumbung menggantikan atap bertam yang telah reput dengan atap baru yang kami jalin sendiri menggunakan daun bertam yang kami angkut pulang dari kebun.

Saya pula, sebelum belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, lapik tidur saya hanyalah tikar buruk anyaman Emak (saya tidak dibenarkan tidur di atas tikar baru kerana hampir setiap malam kencing tidur - malah penyakit kencing tidur itu berterusan hingga saya berusia lima belas tahun).

Memang saya amat insaf tentang kesusahan keluarga saya. Namun untuk menjadi seorang 'penjual kueh', berat rasanya untuk saya tanggung disebabkan oleh rasa malu yang tebal walaupun Paksu tak henti-henti memberi motivasi kepada saya supaya berminat dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.

Paksu mulai memberi 'motivasi' tersebut pada suatu hari cuti hujung minggu. Paksu mengajak kami memancing di sungai, dan kali itu kami berjalan jauh dari pengkalan di sungai tempat kami mandi manda, membasuh kain baju dan pinggan mangkuk. Kami temui banyak pucuk putat yang kembang mekar di hujung ranting. Kami kutip sehingga memenuhi bakul yang kami bawa.

Bila sampai ke rumah, oleh kerana lambakan pucuk daun-daun muda itu begitu banyak, saya menyusunnya dan mengingat dengan relang getah, seolah-olah mahu dijual.

"Bagus, Tat. Kalau hang nak jual, esok hang naik dengan Paksu, Paksu tinggalkan hang di pasar. Esok hari Ahad, ada pekan Ahad," kata Paksu.

Entah bagaimana, mungkin kerana 'naik sheikh' melihat ikatan daun-daun putat yang begitu banyak, yang jika habis dijual mampu menghasilkan hasil jualan sebanyak RM40 (pada tahun 1969, nilai RM40 mungkin sama banyak dengan nilai RM400 sekarang. Pada masa itu, gula sekati -600 gram- hanya berharga 25 sen, ikan kembung pula berharga 30 atau 40 sen sekati). Saya bersetuju malah amat bersemangat untuk melaksanakan cadangan Paksu.

Esoknya, saya memboceng vespa Paksu membawa raga plastik yang padat dengan pucuk-pucuk putat yang diikat kemas. Lama juga saya mengambil masa untuk mulai menjaja jualan. Selepas bertafakur menguat semangat, saya pun mulailah menjaja daun putat tersebut.

"Pakcik, nak pucuk putat? Murah," kata saya. Dia tidak mengendahkan saya sama sekali. Selepas beberapa ketika berhenti sejenak sambil menahan malu kerana tidak diendah, saya dekati pula makcik

"Makcik, nak beli pucuk putat?" tanya saya.

"Makcik pun menjual pucuk putat," katanya sambil menunjukkan gerainya yang dipenuhi dengan sayur kampung.

Sekali lagi saya terhenti sejenak, namun kali ini rasa malu telah berkurangan kerana



Memulakan perniagaan

Ia adalah suatu perkara yang amat mudah untuk memulakan perniagaan. Faktor modal bukanlah suatu faktor yang terlalu penting. Faktor ini tidak sampai pun 10% daripada penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Faktor yang paling penting malah amat vital ialah faktor masa. Apakah anda mempunyai masa yang secukupnya untuk diberi kepada perniagaan yang bakal anda ceburi?

Jika anda mempunyai masa yang mencukupi, anda mungkin memulakan perniagaan anda dengan air liur dan akhirnya anda berjaya membina suatu empayar perniagaan yang amat besar. Bagaimanapun anda harus beringat dari sejak saat pertama memulakan perniagaan anda : success is not a destination but part of a journey. Kejayaan yang dibina selama bertahun-tahun mungkin runtuh sekelip mata jika anda mudah terperangkap dengan kejayaan anda.

(Blog ini dalam pembinaan. Sila kunjungi semula)